Berterusan dengan matlamat untuk mengembangkan “Program Kesejahteraan” kami, HerWellbeing Society Kuala Lumpur dan Selangor (HWSKLS), dengan bantuan kewangan penaja kami, Yayasan DayaDiri, telah mengadakan satu lagi acara komuniti di PPR Beringin pada 14 Ogos.
Sememangnya, matlamat utama kami sejak hari pertama adalah untuk menjaga kesejahteraan wanita yang memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Kami merasa bahawa jalan untuk ibu-ibu mencapai gaya hidup sihat bermula dengan pemeriksaan kesihatan kerana memang ada kemungkinan yang kesihatannya boleh dijejas oleh kesulitan gaya hidup, bebanan tekanannya atau sebarang masalah sejarah perubatan keluarganya.
Oleh kerana pengesanan awal amatlah penting bagi kami, sebahagian daripada program kesihatan kami adalah untuk melakukan Pemeriksaan kesihatan di setiap acara komuniti. Dengan itu, kesejahteraan fizikal dan mental ibu-ibu dinilai di peringkat awal supaya dapat disusuli dengan sewajarnya.
Translation credits (Dr Anne Jamaludin and Miss Julee Quah)